Description
Agensi ini adalah ejen berdaftar bagi beberapa syarikat takaful dan insurans seperti Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad, Etiqa General Takaful Berhad dan Liberty General Insurance Berhad. Setakat ini, AT Agency mempunyai dua cawangan iaitu di Banting Selangor dan di UTC Keningau Sabah. Pelan atau produk perlindungan yang ditawarkan oleh AT Agency adalah seperti Takaful dan Insurans kenderaan, motosikal, rumah, bangunan atau premis perniagaan, perjalanan dalam dan luar negara. Pelan perlindungan secara berkelompok untuk pekerja dan pelajar juga turut ditawarkan pada kadar yang kompetitif. Perniagaan AT Agency semakin meningkat beberapa tahun kebelakangan ini dan semakin berdaya saing selari dengan perkembangan industri Takaful dan Insurans di Malaysia.
Job Location:
- Around Sabah (Kota Kinabalu,Tuaran, Ranau, Kota Belud, Papar, Penampang, Putatan, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Telupid, Tongod, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Kalabakan, Kudat, Kota Marudu, Pitas)
Kelulusan Akademik:
- Diploma atau Ijazah dalam bidang Ekonomi/IT/Perakaunan/Pengurusan Perniagaan
Skop Kerja:
- Mempromosikan produk perlindungan takaful (hayat & sakit kritikal) yang ditawarkan melalui platform layan diri i-Lindung kepada ahli-ahli KWSP.
- Menjelaskan secara terperinci tentang jenis perlindungan (kematian, penyakit kritikal) dan cara ia berfungsi.
- Membimbing ahli kwsp untuk menggunakan platform i-Lindung bagi membuat pembelian secara layan diri.