Penolong Jurutera Gred Ja29

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)-Kuala Lumpur, Malásia

Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan. Keutamaan diberi kepada calon lulusan bidang kejuruteraan awam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan.

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen melalui Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah RISDA (Akta 85 Tahun 1972). Misi RISDA adalah untuk Memacu masyarakat pekebun kecil makmur daripada sumber komoditi dan hasil baharu berlandaskan revolusi perindustrian digital serta teknologi hijau.

Diploma / Advanced Diploma / Higher Graduate Diploma / DVM / DKM Level 4 / DLKM Level 5