Pembantu Klinik Pergigian

Klinik Pergigian Aidentist-Shah Alam, Malásia

Kami sedang mencari Pembantu Klinik Pergigian untuk menyertai pasukan klinik pergigian kami. Jawatan ini sesuai untuk individu yang berminat dalam bidang kesihatan, suka bekerja dengan pesakit dan ingin membina kerjaya jangka panjang dalam pergigian. Fresh graduate dan calon tanpa pengalaman amat dialu-alukan kerana latihan dan bimbingan akan disediakan.

Skop Tugas

  • Membantu doktor gigi semasa rawatan pergigian seperti braces, tampalan, scaling, cabutan gigi dan rawatan akar
  • Menyediakan peralatan, bahan dan bilik rawatan sebelum rawatan bermula
  • Menyambut serta menyediakan pesakit untuk rawatan dengan cara yang profesional dan mesra
  • Mengurus pembersihan, pensterilan dan penyelenggaraan peralatan pergigian
  • Memantau dan mengurus stok peralatan serta bahan klinik

Kelayakan

  • Lepasan SPM / Diploma / Ijazah (mana-mana bidang)
  • Latar belakang Dental Assistant atau Kejururawatan adalah satu kelebihan (tidak wajib)
  • Tiada pengalaman juga digalakkan memohon (latihan disediakan)
  • Mempunyai sikap positif, bertanggungjawab dan cepat belajar
  • Boleh bekerja secara berpasukan dan tersusun

Kenapa Sertai Kami?

  • Persekitaran kerja yang mesra dan saling menyokong
  • Latihan dan bimbingan disediakan, sesuai untuk fresh graduate
  • Peluang kerjaya jangka panjang dalam bidang pergigian
  • Pengalaman kerja klinikal secara hands-on dengan pelbagai jenis rawatan
  • Jawatan sepenuh masa yang stabil dengan faedah dan bonus yang jelas

Gaji & Faedah

  • Gaji: RM1,700 - RM2,500 (bergantung kepada pengalaman & prestasi)
  • KWSP & SOCSO
  • Cuti Tahunan
  • Manfaat Perubatan
  • Rawatan Pergigian untuk staf

Ganjaran Tambahan

  • Bonus Tahunan
  • Bonus Prestasi

Posisi

Full time/part time

Job Types: Full-time, Part-time, Permanent

Pay: RM1,700.00 - RM2,500.00 per month

Benefits:

  • Maternity leave
  • Parental leave
  • Professional development

Work Location: In person