Descrição
Pembantu Jualan Branch Pasir Puteh
Berita gembira untuk para pencari kerja di Kelantan terutamanya di Pasir Puteh. Kekosongan kini dibuka di BatikRepublik Sdn Bhd.
Calon yang mempunyai pengalaman dalam memotong kain pasang, melayani pelanggan walk in dan penjagaan kekemasan kedai
Tugas & Tanggungjawab:
- Khidmat Pelanggan: Menyambut dan melayan pelanggan walk-in dengan mesra serta membantu mereka memilih saiz dan warna yang sesuai (Mix & Match).
- Promosi Produk: Mempromosikan koleksi Kurta, Baju Melayu, dan kelengkapan solat (Kain Pelikat & Kopiah) kepada pelanggan lelaki.
- Padanan Fesyen: Membantu pelanggan wanita memadankan Kain Pasang Raya dengan Tudung Raya terkini.
- Pengurusan Kain: Membantu memotong kain pasang mengikut tempahan pelanggan (jika perlu).
- Operasi Kedai: Menjaga kebersihan, kekemasan, dan menyusun atur produk di rak supaya kelihatan menarik.
- Pengurusan Stok: Membantu audit stok, serta terlibat dalam penerimaan dan penghantaran stok baru.
Ciri-ciri yang kami cari:
Ciri-ciri yang Kami Cari:
Warganegara berumur 21 tahun - 35 tahun.
- Minat dalam bidang fesyen dan pakaian Raya.
- Seorang yang ringan tulang, aktif, dan sihat tubuh badan.
- Peramah, mesra pelanggan, dan tidak malu untuk mempromosikan barang.
- Berdisiplin dan bersedia untuk belajar mengenai fabrik dan jenis pakaian.
- Boleh menerima teguran dan mematuhi arahan pihak pengurusan.
- Boleh bekerjasama dalam pasukan.
Sekiranya anda mempunyai ciri ciri yang kami cari, Mohon sekarang untuk dapatkan sesi temuduga pada tarikh yang terdekat.
Kekosongan adalah terhad kepada 3 orang sahaja.
Job Types: Full-time, Contract, Internship, Fresh graduate
Contract length: 3-6 months
Pay: From RM1,700.00 per month
Benefits:
- Opportunities for promotion
- Professional development
Language:
- Bahasa (preferred)
Work Location: In person