Lorry Driver (Bersendi)

Agensi pekerjaan ns shue sdn bhd-Klang, Malásia

Jawatan Kosong: Pemandu Penghantaran (Lokal & Outstation - FMCG)

Lokasi: KLANG

Penerangan Tugas

Kami sedang mencari Pemandu Penghantaran (Lokal & Outstation) yang bertanggungjawab dan berpengalaman untuk menyokong operasi penghantaran FMCG (Fast-Moving Consumer Goods).

Calon mesti memiliki Lesen Bersendi dan mahir mengendalikan penghantaran dalam kawasan dan luar kawasan.

Gaji berdasarkan sistem kadar upah (bayaran per trip + kehadiran).

Tanggungjawab Utama:

  • Melaksanakan penghantaran lokal dan outstation mengikut jadual
  • Mengurus kerja memuat dan memunggah barangan FMCG dengan selamat
  • Menyemak dan melengkapkan dokumen penghantaran (DO, invois, POD)
  • Memastikan kenderaan dalam keadaan baik melalui pemeriksaan asas harian
  • Mematuhi SOP syarikat dan peraturan keselamatan jalan raya
  • Berhubung dengan pasukan operasi sepanjang penghantaran

Syarat Kelayakan:

  • Mempunyai Lesen Bersendi (GDL adalah satu kelebihan)
  • Pengalaman dalam penghantaran FMCG digalakkan
  • Mahir laluan lokal dan outstation
  • Boleh bekerja lebih masa serta pada hujung minggu/cuti umum jika diperlukan
  • Sihat tubuh badan untuk memuat dan memunggah barangan
  • Berdisiplin, menepati masa, bertanggungjawab dan boleh dipercayai

Gaji & Faedah:

  • Sistem Kadar Upah (Piece Rate)
  • Bayaran per trip (lokal & outstation) - mengikut jarak & destinasi
  • Caruman penuh kerajaan (EPF, SOCSO, EIS)

AGENSI PEKERJAAN NS SHUE SDN BHD.

Pay: RM3,500.00 - RM4,000.00 per month

Work Location: In person